Friday, September 17, 2010
Misi syarikat kami ialah untuk membentuk mental dan tasawwur world-view para belia. Melalui perkukuhan akhlak dan mempertingkatkan jati diri di kalagan mereka. D&D Training Consultancy sedia membantu dan membimbing membentuk jati diri dalam menghadapi zaman globalisasi yang penuh cabaran.
Visi.
Pencapaian ummah dalam membentuk kehidupan moden yang mencerminkan kehebatan Islam dan mencapai kejayaan hakiki iaitu kejayaan ukhrawi.
Objektif.
Menjana percambahan ilmu di kalangan belia, sama ada ilmu agama atau akademik. Pada masa yang sama membentuk kekuatan mental dan rohani (iman).
Mengenali masalah-masalah peribadi yang dialami pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, remaja dan para-para belia lain dan membaikinya seperti yang diinginkan Islam. Membawa ummah kepada Mardha-tillah ( keredhaan Allah).
Wednesday, September 15, 2010
Dynamic adalah sebuah sistem yang bercirikan konsep constant change iaitu senantiasa inginkan perubahan. Perubahan dalam cara berfikir, aktiviti-aktiviti harian dan perkembangan insaniah. Di zaman globalisasi ini kehidupan dunia makin hari makin canggih, maka manusia mesti menyesuaikan diri dengan cara terbaik. Untuk menghasilkan perkara tersebut perubahan mental dan rohani perlu dipertimbangkan dengan membentuk kualiti agama dan akademik yang mantap.
Diversification adalah sebuah konsep yang bercirikan kepelbagaian. D&D Training Consultancy menyediakan idea dan program yang merangkumi pelbagai aspek, dari sudut agama, akademik, mental dan kerohanian. Meluaskan skop pandangan belia ke arah membina jati diri, pada masa yang sama memberi manfaat kepada masyarakat umum.
Sunday, September 5, 2010
Komuniti Islam di Malaysia menghadapi banyak cabaran sosial yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu dari golongan masyarakat awam. Kekuatan media, kehadiran alkohol dan dadah, pergaulan bebas, percabulan dan perzinaan terbuka, dan suasana masyarakat yang kurang bimbingan. Semuanya menyumbang cabaran besar kepada masyarakat belia.
Tuhan telah memberi pelbagai alat untuk menyelesaikan masalah-masalah komuniti, dengan menggunakan al-Quran dan al-Sunnah. Selain itu, kaunseling Islam menekankan penyelesaian spiritual, berdasarkan cinta dan takut (taqwa) kepada Allah dan kewajipan untuk memenuhi tanggungjawab sebagai hamba Allah di muka bumi ini.
Kaunseling Islam ditawarkan untuk perkahwinan dan masalah keluarga, untuk kes-kes kesihatan mental, dan bimbingan agama. Prinsip-prinsip kaunseling Islam adalah sebagai berikut: kerahsian, kepercayaan, rasa hormat, mengenali perbezaan antara arbitrasi (usaha perantaraan) dan kaunseling, mencintai apa yang baik bagi orang lain, membuat perdamaian antara manusia, memberi perhatian tentang urusan Islam, menanam adat mendengar dan patuh, memahami budaya orang lain, kerjasama antara Imam dan ahli profesional, kesedaran undang-undang syariah berkaitan hak-milik dan tujuan utama ialah untuk membawa manusia lebih dekat kepada Allah dan menawarkan penyelesaian spiritual kepada mereka.Nabi Muhammad adalah model dan contoh dalam menunjukkan kasih sayang tentang keprihatinan orang lain.
Salah satu jenis kaunseling yang paling penting adalah kaunseling akhlak para belia. kaunseling untuk belia mempunyai tiga bidang utama termasuk kanak-kanak, pelajar di sekolah, dan kaunseling keluarga. Kaunseling utama yang D&D Training Consultancy ingin memberi tumpuan pada ialah kaunseling keluarga dan kaunseling pelajar sekolah.
Kaunseling pelajar sekolah adalah langkah pencegahan untuk membantu mereka memahami hubungan baik antara pelajar dengan gurunya dan juga pelajar sesama pelajar, tanggung jawab mereka, dan hubungan mereka dengan satu sama lain.
Kaunseling pelajar sekolah dilakukan dalam dua kaedah. Salah satunya adalah pendidikan, seperti mengajar program untuk kumpulan lelaki dan perempuan. Para peserta tidak perlu terlibat dengan satu sama lain, ini hanyalah sebuah alat untuk pendidikan remaja (pelajar sekolah).
Kedua ialah program kaunseling sesi khas, antara remaja dan kaunselor sahaja. Ini lebih peribadi, dan lebih khusus kerana ia lebih bertumpu kepada individu-individu (remaja) yang sudah bermasalah berkaitan dengan pemikiran dan akhlak.